Saturday 7 July 2012

PERLEMBAGAAN BARU JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR IPGM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


PERLEMBAGAAN
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Berkuatkuasa bermula November 2011



LOGO RASMI 
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
IPG SELURUH MALAYSIA

COGAN KATA JPP:
"1 VISI 1 ASPIRASI"

KETERANGAN LOGO JPP:

JPP : Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG. 

Warna Biru : Kesepaduan yang utuh dalam kalangan JPP. 

Warna Putih : Keikhlasan dan kesungguhan ahli JPP dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan. 

Bulatan :
i. Gerak kerja JPP yang holistik meliputi keseimbangan dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial, kebajikan, etika dan profesionalisme sebagai mahasiswa guru di IPG. 
ii. JPP mengamalkan budaya kerja berpasukan.

"SELAMAT MENJALANKAN TUGAS"
1NADA 1HASRAT 1TUJUAN
1 VISI 1 ASPIRASI
JPP 2012 LEGASI PEMBANGUNAN MODAL INSAN

PROGRAM TRANSFORMASI MAHASISWA PENDIDIK JPP ZON TIMUR 2012


Pada 24 Jun 2012, telah berlangsungnya Program Transformasi Pemimpin Mahasiswa Pendidik yang diadakan di Kem BTN Maran Pahang yang melibatkan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Zon Timur Program ini adalah anjuran Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini telah berlangsung dengan gemilangnya dari 21 Jun 2012 – 24 Jun 2012 yang lalu. Antara barisan kepimpinan pendidik yang terlibat antaranya ialah JPP IPG Kampus Kota Bharu Kelantan , JPP IPG Kampus Sultan Mizan Besut Terengganu , JPP IPG Kampus Dato Razali Ismail Kuala Terengganu Terengganu dan JPP IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis Pahang. Antara program yang dilakukan adalah Wacana Minda, Sesi Bersama IPG ,aktiviti PKPK atau dahulunya dikenali sebagai Latihan Dalam Kumpulan (LDK) , Malam Kebudayaan , Night Walk dan Team Buliding. Setiap aktiviti ini banyak memberi suntikan semangat yang baharu kepada para guru pelatih yang hadir dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan sesama barisan kepimpinan seluruh IPG Zon Timur.






Kami telah diberi ilmu berkaitan peranan kami sebagai pemimpin di IPG masing-masing melalui penampilan peribadi dan imej yang terbaik dalam melaksana tugas-tugas dan program melibatkan guru pelatih. Kami juga  telah dipecahkan kepada 8 kumpulan yang semuanya digabungkan dengan ahli kumpulan dari semua IPG yang berbeza,maka kami dapat membentuk ukhwah sesama kami. Dengan menjalankan program ini bersama-sama ini sedikit sebanyak meninggalkan kenangan terindah dalam hati kami. Kami juga berpeluang mengutarakan isu-isu dan permasalahan yang dialami di IPG kami dan berjaya membentuk Kesatuan Penggerak JPP Zon Timur untuk menyatukan kami dalam sebuah organisasi yang melibatkan keempat-empat IPG.Kami juga berjaya menghantar resolusi yang mewakili keempat-empat buah IPG Zon Timur kepada pihak IPGM untuk diteliti. Kami merasakan program seperti ini boleh dijadikan program tahunan sebagai satu inisiatif kepada JPP IPGM untuk bergerak lebih berdaya saing dan profesion keguruan akan lebih dihormati dan lebih dinamik pada masa hadapan.
                Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Datin Salbiah binti Abdul Aziz ,Ketua Penolong Pengarah Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar IPGM.Majlis turut dihadiri En Syukri bin Adnan ,Pegawai BTN Putrajaya merangkap Ketua Fasilitator  serta En Shahrul Baharin bin Baharom ,Penolong Pengarah di SHEP&HL