Friday, 10 August 2012

Kaji Selidik Khas Kolej Kediaman



Pada 7 Ogos yang lepas, unit kaunseling IPG kampus kota bharu telah mengadakan satu kaji selidik khas khusunya kepada penghuni kolej kediaman bagi menilai tahap keselesaan penghuni di Kolej Kediaman masing-masing.

Kaji selidik ini turut dihadiri oleh Ketua Warden, warden-warden, Encik Shahril, Kaunselor Pentadbir IPGKKB, dan barisan kepimpinan JPP.

Monday, 6 August 2012

AKTIVITI TAHUN 2012 : PERJUMPAAN AGUNG PENGHUNI KOLEJ KEDIAMAN

Bagi memastikan kelicinan bahagian pengurusan dan perhubungan pihak pentadbir antara guru pelatih, satu perjumpaan agung bersama penghuni kolej kediaman telah diadakan bertempat di Dewan Peperiksaan Asrama IPG Kampus Kota Bharu.





Perjumpaan ini turut dihadiri oleh Saudara Mohd Nazrin Faiz Bin Che Abd Aziz, YDP JPP IPGKKB sesi 2012/2013 dan juga warden-warden kolej kediaman.
Tahniah diucapkan kepada Biro kediaman Pelajar.

AKTIVITI TAHUN 2012 : SOLAT HAJAT PERDANA

Alhamdulillah, Biro Kerohanian, Moral dan Disiplin dengan kerjasama Biro Kediaman Pelajar telah berjaya mengada satu solat hajat perdana bagi warga IPG Kampus Kota Bharu bagi menyambut kedatangan semester baru pada tahun 2012.




Solat hajat ini juga turut dihadiri oleh pensyarah-pensyarah IPGKKB dan mendapat komitmen sepenuhnya dari semua penghuni kolej kediaman IPGKKB.

AKTIVITI TAHUN 2012 : PROGRAM TEAM BUILDING KOLEJ KEDIAMAN ANJURAN BIRO KEDIAMAN PELAJAR

Bagi memantapkan pengurusan blok kolej kediaman dan juga merapatkan ukhuwah antara penghuni blok kolej Kediaman A, B, C, D dan E, Biro Kediaman Pelajar dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah berjaya menganjuran satu program team building bertempat di Bachok, Kelantan.





Program ini turut dihadiri oleh Ahli Majlis Tertinggi Blok Kolej Kediaman masing-masing yang diselia sepenuhnya oleh JPP yang bertugas dan dipantau oleh warden dan juga pegawai HEP.

AKTIVITI TAHUNAN : PENANAMAN POKOK ANGKAT SEMPENA IPG LESTARI 2012

Alhamdulillah, selesai sahaja Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan, kami JPP IPG Kampus Kota Bharu bagi sesi 2012/2013 diberi amanah oleh pihak pentadbir dan juga Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKKB untuk menjaga pokok yang ditanam iaitu pokok buah labu dan kelapa. Projek ini dinamakan sebagai PROJEK LAPA yang diselia sepenuhnya oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar bersama JPP IPGKKB 2012/2013. 







Acara penanaman pokok ini turut dirasmikan oleh Tuan Haji Hashim Bin Deraman, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu dan turut disertai oleh Dr Mohd Aziz Bin Mohd Din, Timbalan Pengarah IPGKKB.

Saturday, 7 July 2012

PERLEMBAGAAN BARU JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR IPGM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


PERLEMBAGAAN
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Berkuatkuasa bermula November 2011



LOGO RASMI 
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
IPG SELURUH MALAYSIA

COGAN KATA JPP:
"1 VISI 1 ASPIRASI"

KETERANGAN LOGO JPP:

JPP : Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG. 

Warna Biru : Kesepaduan yang utuh dalam kalangan JPP. 

Warna Putih : Keikhlasan dan kesungguhan ahli JPP dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan. 

Bulatan :
i. Gerak kerja JPP yang holistik meliputi keseimbangan dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial, kebajikan, etika dan profesionalisme sebagai mahasiswa guru di IPG. 
ii. JPP mengamalkan budaya kerja berpasukan.

"SELAMAT MENJALANKAN TUGAS"
1NADA 1HASRAT 1TUJUAN
1 VISI 1 ASPIRASI
JPP 2012 LEGASI PEMBANGUNAN MODAL INSAN

PROGRAM TRANSFORMASI MAHASISWA PENDIDIK JPP ZON TIMUR 2012


Pada 24 Jun 2012, telah berlangsungnya Program Transformasi Pemimpin Mahasiswa Pendidik yang diadakan di Kem BTN Maran Pahang yang melibatkan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Zon Timur Program ini adalah anjuran Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini telah berlangsung dengan gemilangnya dari 21 Jun 2012 – 24 Jun 2012 yang lalu. Antara barisan kepimpinan pendidik yang terlibat antaranya ialah JPP IPG Kampus Kota Bharu Kelantan , JPP IPG Kampus Sultan Mizan Besut Terengganu , JPP IPG Kampus Dato Razali Ismail Kuala Terengganu Terengganu dan JPP IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis Pahang. Antara program yang dilakukan adalah Wacana Minda, Sesi Bersama IPG ,aktiviti PKPK atau dahulunya dikenali sebagai Latihan Dalam Kumpulan (LDK) , Malam Kebudayaan , Night Walk dan Team Buliding. Setiap aktiviti ini banyak memberi suntikan semangat yang baharu kepada para guru pelatih yang hadir dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan sesama barisan kepimpinan seluruh IPG Zon Timur.






Kami telah diberi ilmu berkaitan peranan kami sebagai pemimpin di IPG masing-masing melalui penampilan peribadi dan imej yang terbaik dalam melaksana tugas-tugas dan program melibatkan guru pelatih. Kami juga  telah dipecahkan kepada 8 kumpulan yang semuanya digabungkan dengan ahli kumpulan dari semua IPG yang berbeza,maka kami dapat membentuk ukhwah sesama kami. Dengan menjalankan program ini bersama-sama ini sedikit sebanyak meninggalkan kenangan terindah dalam hati kami. Kami juga berpeluang mengutarakan isu-isu dan permasalahan yang dialami di IPG kami dan berjaya membentuk Kesatuan Penggerak JPP Zon Timur untuk menyatukan kami dalam sebuah organisasi yang melibatkan keempat-empat IPG.Kami juga berjaya menghantar resolusi yang mewakili keempat-empat buah IPG Zon Timur kepada pihak IPGM untuk diteliti. Kami merasakan program seperti ini boleh dijadikan program tahunan sebagai satu inisiatif kepada JPP IPGM untuk bergerak lebih berdaya saing dan profesion keguruan akan lebih dihormati dan lebih dinamik pada masa hadapan.
                Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Datin Salbiah binti Abdul Aziz ,Ketua Penolong Pengarah Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar IPGM.Majlis turut dihadiri En Syukri bin Adnan ,Pegawai BTN Putrajaya merangkap Ketua Fasilitator  serta En Shahrul Baharin bin Baharom ,Penolong Pengarah di SHEP&HL

Thursday, 14 June 2012

TAHNIAH OLAHRAGAWATI IPGKKB!

GAMBAR: TN HJ MOHD NOOR AWANG, PENSYARAH UNIT KOKURIKULUM.


ONG PEI SEI MENCATAT SEJARAH DI IPGKKB DENGAN MENJULANG 3 PINGAT EMAS DLM ACARA 100M, 200M DAN 400M DI KEJOHANAN OLAHRAGA KAGUM KEBANGSAAN YANG BERMULA DARI 9 - 15 JUN 2012.
SEKALUNG TAHNIAH DARI KAMI BARISAN KEPIMPINAN JPP IPG KAMPUS KOTA BHARU SESI 2012.
MAJULAH SUKAN UNTUK IPGKKB!

"1NADA 1HASRAT 1TUJUAN"
JPP 2012 LEGASI PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Wednesday, 13 June 2012

BAKTI SISWA JPP IPGKKB SESI 2012 (BAKSIS@12)


Program Baksis@12 (Bakti Siswa 2012) adalah satu program gemilang anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru kampus Kota Bharu. Program ini adalah satu kerjasama pihak Kampung melalui Pengerusi JKKP ,En Mat Rahim bin Mat Jusoh dan ahli jawatankuasa.

Program ini telah diadakan di Kampung Kubur Datu, Jeli Kelantan bermula 26Mei 2012 sehingga 29Mei 2012. Peserta Baksis@12 adalah terdiri dalam kalangan guru pelatih seramai 32 orang telah mendapat ibu bapa angkat dan seiring menjalani program selama 4 hari 3 mlm.
Antara program yang dilakukan ialah:
 1)Ice Breaking bersama keluarga angkat 
2)School Attack 'SK Kubur Datu'
3)Munajat Perdana
4)Gotong Royong
5)Sukaneka Rakyat
6)Malam Kebudayaan 

Malam Kebudayaan juga turut diserikan dengan pesembahan pantun , puisi ,sketsa dan persembahan bahasa isyarat. Jutaan terima kasih teristimewa kepada YB Datuk Abdul Aziz Derashid (ADUN Kuala Balah) yang banyak membantu dalam menjayakan program.Maaf dipinta jika ada silap dan salah,dan harapan agar ukuwwah antara pihak guru pelatih dan warga Kubur Datu akan terus erat dan berterusan.Program ini dirasmikan oleh Tuan Haji Hashim Deraman ,Pengarah IPG Kampus Kota Bharu dan penutupnya dirasmikan oleh Tuan Haji Muhammad Nata bin Mohamed ,Pensyarah IPG Kampus Kota Bharu.

1Nada 1Hasrat 1Tujuan
JPP 2012 Legasi Pembangunan Modal Insan

Monday, 16 April 2012

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR IPGKKB SESI 2012/2013

Alhamdulillah, berlalunya kempen pilihanraya kampus , 
maka satu organisasi saf kepimpinan baru telah lahir. 
Seramai 30 orang yang terdiri daripada 7 Ahli Majlis Tertinggi dan 
23 Ahli Majlis Mesyuarat yang bervariasi dari Unit kumpulan, opsyen dan semester telah bergabung
memerah keringat bagi memperjuangkan kepimpinan masing-masing untuk kebajikan bagi pihak
guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu.

Tarikh: 8 April 2012
Masa: 8.45 Pagi - 11.00 Pagi
Tempat: Dewan Wawasan, IPG Kampus Kota Bharu.






Mudah-mudahan segala urusan pihak JPP IPGKKB bagi sesi 2012/2013 dengan pihak pentadbir dan guru pelatih dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.

"1 NADA, 1 HASRAT, 1 TUJUAN"
"JPP LEGASI PEMBANGUNAN MODAL INSAN"